.:eyoi bleyh:.
Synopsis :
Mengisahkan sekumpulan remaja yang mengharungi kehidupan alam persekolahan � cerita sebenar, berkesan dan menggembirakan. Sangat trendi dan hip-hSynopsis :
T-Rex merupakan seorang pelajar ahli seni bela diri yang bermasalah. Setelah lapan kali dibuang sekolah dalam tempoh setahun kerana masalah disiplin, dia tiba ke sekolah baru dengan harapan yang kosong. Di sana, dia menemui kawannya Max dan mula mengenali Eva dan adiknya Eve. Pada saat cintanya kepada Eva mula berputik, sekonyong-konyongnya muncul Leo Stiffer yang bakal memberi persaingan kepada T-Rex baik dari segi percintaan mahupun kemahiran berlawan.
Synopsis :
Kita tidak boleh lari dari cinta. Perbezaannya hanyalah samada kita lalui dengan indah atau dengan pahit. Bagi sesetengah golongan remaja pula, meskipun masih mentah, mereka sedar bahawa cinta tidak terletak pada orangnya tetapi perihalnya.
Synopsis :
Setelah kecewa suatu ketika dahulu, Mr. Cool menjalani hidup yang sederhana sebagai penghantar barang. Pada suatu hari, dia bertemu dengan Ann secara tidak sengaja. Hanya sesudah pertalian terjalin dia mengetahui bahawa Ann adalah adik kepada bekas kekasihnya, Angel, yang telah hilang entah ke mana. Keadaan semakin kusut apabila Elvin, teman sekampus Ann mula menunjukkan cintanya. Dengan sejarah lalu kian terungkap, percintaan mereka kini jelas sekali akan berakhir dengan sekalian titik yang hitam.
Synopsis :
Intipati anekdot-anekdot yang disisip ke dalam buku terletak pada konklusi kisah yang jarang-jarang berakhir dengan kesedihan tipikal. Dengan lukisan dan catan yang hebat daripada Ben, komik ini pasti akan membawa anda terus ke dimensi baru apabila membacanya. Buku ini turut memuatkan lakaran watak-watak dan galeri mini pelukis.
Synopsis :
Dunia Kaoru's Cake House didiami oleh empat orang jejaka - Wing, Denny, Bob dan Izz - yang saban hari bekerja menghidangkan manisan terbaik buat para hadirin kedai mereka itu. Meskipun cuba menerapkan profesionalisme dalam menjalankan tanggungjawab, sikap masing-masing yang sensitif akhirnya membuatkan mereka sering kali terjerumus dalam kepincangan yang melanda para pelanggan - biarpun hanya mendat
angkan kesan sepat kepada diri mereka sendiri.